Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Ibu Dakap Jasad...

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menafikan gambar-gambar kemalangan...

Tiada Lagi Era Konfrontasi...

SINGAPURA - “Kami tidak sekali-kali ingin kembali kepada era diplomasi konfrontasi dan gemar...

Himpunan Haram Depan Sogo...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan haram yang dianjurkan Jawatankuasa Demonstrasi 1 Mac di pusat...

Krisis MB Selangor: Ketua...

PETALING JAYA – Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof menafikan menandatangani...

212 Rakyat Malaysia Tiba Dari Uzbekistan Malam Tadi

KUALA LUMPUR – Seramai 212 rakyat Malaysia yang terkandas di Tashkent, Uzbekistan selamat tiba di tanah air malam tadi.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata mereka pulang menerusi penerbangan Uzbekistan Airways semalam dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 9 malam tadi.

Katanya, penerbangan itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Uzbekistan.

“Pesawat sama turut digunakan untuk membawa pulang lebih 200 rakyat Uzbekistan yang terkandas di Malaysia pada jam 11.30 malam tadi di bawah penyelarasan Kedutaan Besar Uzbekistan di Kuala Lumpur.

“Kerajaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Uzbekistan atas inisiatif serta bantuan yang dihulurkan bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas.


“Kerajaan amat prihatin dan sentiasa memantau secara rapat perkembangan rakyat Malaysia di luar negara melalui pegawai kedutaan bagi memastikan semua yang terkandas di luar negara dapat pulang ke Malaysia dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penguatkuasaan peraturan kawalan atau sekatan perjalanan oleh pelbagai negara sebagai langkah kawalan penularan wabak COVID-19 mengakibatkan ratusan rakyat Malaysia terkandas di luar negara ketika ini. – BH Online

Kategori