Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cerita Jerawat Batu, Hafreez...

TRANSFORMASI pelakon Hafreez Adam Aizat dari berwajah penuh berjerawat batu kepada 'hensem' bergaya sememangnya...

Lawat Sekolah: KM, MB...

GEORGE TOWN - Seseorang ketua menteri atau menteri besar yang mahu melawat sekolah...

Selangor Kaya Tapi Stadium...

BARU-BARU ini netizen propembangkang 'kecoh' bangga dengan kejayaan kerajaan Selangor mampu memberi bonus...

Howto Influence Your Parents...

Your article is merely one part of your own application group. Are you...

46 Rakyat Malaysia Selamat Dibawa Pulang Dari Iran

KUALA LUMPUR – Seramai 46 rakyat Malaysia serta sembilan rakyat negara jiran dibawa pulang dari Iran menerusi siri ketiga Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Pesawat khas AirAsia misi HADR yang digerakkan kerajaan Malaysia itu tiba di KLIA pada jam 6.34 pagi dari Tehran dengan turut membawa lapan rakyat Singapura serta seorang rakyat Indonesia, demikian menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Turut serta dalam penerbangan adalah lima kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Luar (dua orang), krew AirAsia (16 orang) dan seorang pegawai Nadma.

Kesemua 55 penumpang rakyat Malaysia serta tanggungan dan bukan warganegara itu menjalani proses saringan di Unit Kecemasan Udara (ADU), KLIA sebelum dihantar ke Pusat Pemantauan.

Mereka akan melalui tempoh kuarantin 14 hari di ke Akademi Audit Negara di Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan.


Tindakan operasi nyahcemar dilaksanakan dengan gabungan 240 anggota daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, KKM, ResQ bencana, Nadma, Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA, dan Keselamatan Penerbangan (AVSEC).

Sebelum ini, Kementerian Luar, Nadma, KKM dan lain-lain agensi yang berkaitan bekerjasama untuk melaksanakan repatriasi itu.

Kategori