Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hanif Akan Fail Tuntutan...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan memfailkan...

“Kita Tak Ada Peguam...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata hari ini buat...

Asteroid Lebih Besar Daripada...

HOUSTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memaklumkan sebuah asteroid gergasi...

Rasis…..Ahli Politik Bela Pelarian...

Seorang ahli politik Jerman yang aktif membantu pelarian, telah ditikam dan mengalami kecederaan...

47 Zon Merah, Jingga COVID-19 Jalani Sanitasi Nyah Cemar

KAJANG: Sebanyak 47 kawasan yang disenaraikan sebagai Zon Merah dan Jingga penularan COVID-19 di seluruh negara, menjalani operasi nyah cemar pada hari ini dan esok.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata antara daerah yang terbabit termasuk Hulu Langat, Ulu Kinta, Kota Bharu dan Simpang Renggam.

“Proses ini membabitkan 23 kawasan Zon Merah dan 24 kawasan Zon Jingga di seluruh negara.

“Sebenarnya semua kawasan berkenaan terbabit dalam operasi hari ini, cuma ia dilaksanakan mengikut sub zon di setiap kawasan,” katanya kepada media selepas mengikuti operasi nyah cemar di kawasan sekitar Masjid Al Falah, Kampung Masjid Sungai Ramal Dalam di sini, hari ini.


Terdahulu, operasi nyah cemar di sekitar Masjid Al Falah dimulakan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Operasi berkenaan membabitkan kawasan seluas 500 meter (km) radius dari masjid berkenaan.

Seramai 153 anggota daripada 10 agensi kerajaan ditugaskan bagi melaksanakan operasi nyah cemar itu, antaranya membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Majlis Perbandaan Ampang Jaya (MPAJ). – BH Online

Kategori