Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Akta 505 Mungkin Dipinda...

PUTRAJAYA - Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan pindaan terhadap Akta Pentadbiran Undang-undang Islam...

Hampir 69 Peratus Populasi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di...

Kanak-Kanak Patah Tangan Tersepit...

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun patah tangan kiri selepas...

Gempa Magnitud 5.4 Gegar...

TOKYO - Satu gempa bumi bermagnitud 5.4 melanda Wilayah Wakayama di barat daya...

6 Ditahan Dalam 2 Kes Berasingan

KUALA LUMPUR – Enam individu dikesan bukan sahaja gagal mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, malah mengambil kesempatan melakukan percubaan dan jenayah samun dalam dua kejadian berasingan di Gombak, hari ini dan semalam.

Dalam kejadian pagi tadi, tiga lelaki warga tempatan berusia antara 32 hingga 42 tahun ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Utama Taman Indah Perdana, Kepong.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata hasil pemeriksaan sekitar jam 5 pagi itu mendapati terdapat pelbagai alatan dipercayai untuk memecah rumah.

ā€œKetiga-tiga suspek ditahan dan barang rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut,ā€ katanya.

Dalam kes kedua, Arifai berkata seorang pekerja kedai runcit warga Indonesia disamun tiga lelaki yang menaiki Proton Wira, jam 8.20 malam tadi.


ā€Suspek mengacukan senjata jenis kerambit di bahagian perut pengadu dan melarikan barang di kedai itu. Mereka juga memakai topeng muka ketika melakukan jenayah itu.

ā€œBertindak atas maklumat, sepasukan polis Balai Polis Selayang membuat serbuan di Jalan 23 Selayang Baru dan menahan sebuah kereta Proton Wira. Kesemua suspek warga tempatan berusia antara 27 hingga 29 tahun ditahan jam 1.30 pagi tadi,ā€ katanya.

Beliau berkata, dalam kes pertama, ia disiasat mengikut Seksyen 28 (i) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Peraturan 7 di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) manakala kes kedua, disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Kategori