Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kes GISBH: Tempoh Reman...

SHAH ALAM: Individu yang disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai GISB Holdings (GISBH)...

Kekayaan Mahathir Disahkan Berjumlah...

Kekayaan luar biasa yang dimiliki Mahathir dianggarkan dalam nilai RM188 bilion

SUKMA: Sarawak Hantar Lebih...

KUCHING - Sarawak akan menghantar lebih 400 orang anggota kontinjen ke kejohanan Sukan...

Dicerai Suami, Upiak ‘Bangkit’...

KISAH hidupnya yang memilukan tidak membuatkan penyanyi dari seberang, Upiak Isil patah semangat...

81 Warga Malaysia Di Itali Berjaya Dibawa Pulang

SEPANG – Sebanyak 76 rakyat Malaysia serta lima individu bukan warganegara dibawa pulang dari Itali menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) susulan penularan wabak COVID-19, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Pesawat khas AirAsia misi HADR yang digerakkan kerajaan Malaysia itu tiba di KLIA pada 10.06 pagi, demikian menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Turut serta dalam penerbangan ialah lima kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Luar (seorang), kru AirAsia (20 orang) dan seorang pegawai NADMA.

Kesemua 81 penumpang rakyat Malaysia serta tanggungan dan bukan warganegara itu menjalani proses saringan di Unit Kecemasan Udara (ADU), KLIA sebelum dihantar ke Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) di Bandar Enstek, Nilai, dekat sini untuk proses kuarantin selama 14 hari.

Tindakan operasi nyahcemar dilaksanakan dengan gabungan 263 anggota daripada pelbagai agensi antaranya  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, KKM, NADMA, AirAsia Enginering, Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS), Polis Diraja Malaysia, dan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) KLIA.

Kategori