Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anwar Mahu Lebih Lagi...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

2 Kakitangan MBPP Ditahan...

GEORGE TOWN - Dua kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis selepas...

‘Yang Kutuk Tu Entah-Entah...

JUTAWAN kosmetik Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida...

Keluarga Remaja Maut Basikal...

JOHOR BAHRU - Keluarga kepada dua remaja yang maut dalam kemalangan melibatkan basikal...

Abang Johari Jumpa Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg hari ini mengadakan kunjungan ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di sini.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu tiba pada jam 6 petang tadi dan meninggalkan kediaman Muhyiddin kira-kira sejam kemudian.

Kunjungan itu turut disertai Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ketika ditanya mengenai pendirian GPS terhadap Perikatan Nasional, Abang Johari berkata, parti itu tetap dengan pendirian yang dinyatakan sebelum ini iaitu menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Kita tetap dengan pendirian kita,” katanya ringkas kepada media yang menunggu di luar kediaman Perdana Menteri.

GPS semalam, mengulangi pendiriannya untuk menjadi entiti politik Sarawak yang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Kelapan tanpa menjadi ahli Perikatan Nasional.


Pagi tadi, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada jam 10.33 pagi.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu. – BH Online

Kategori