Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 200 Anjing Berkeliaran...

TAIPING ā€“ Penduduk Kuala Sepetang di sini mendakwa terdapat lebih 200 ekor anjing...

Bicara Kes Pecah Amanah...

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Razak bersama bekas Ketua...

Tan Sri Elyas Omar...

KUALA LUMPUR - Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar meninggal...

Wan Azizah Ada Hak...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah...

ADUN Pemanis Tinggalkan PKR, Jadi Bebas

ISKANDAR PUTERI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Dr. Chong Fat Full, mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas mulai hari ini.

Dr. Chong, 60, yang menyertai PKR sejak 2009, berkata beliau sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong gabungan baharu yang diterajui Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

ā€œSaya mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan Hasni.

ā€œKeputusan ini saya putuskan pagi tadi dan ia diambil tanpa sebarang tekanan, paksaan mahu pun ditawarkan apa-apa ganjaran kewangan mahu pun jawatan.

ā€œIa satu keputusan yang memedihkan, sudah saya pertimbangkan cukup matang dan mendapat sokongan daripada penyokong, keluarga dan rakan seperjuangan.

ā€œSaya seorang profesional. Saya menyertai politik kerana ia platform untuk berkhidmat kepada rakyat. Lebih 30 tahun berkhidmat sebagai doktor pergigian, saya hanya memberi perkhidmatan kepada kira-kira 20,000 orang.

ā€œBagaimanapun, menerusi platform ini (politik), lebih ramai rakyat saya boleh berikan perkhidmatan,ā€ katanya pada sidang media bersama Hasni di Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Dr. Chong menafikan khabar angin yang mendakwa beliau akan meninggalkan PKR malah menyatakan untuk terus setia bersama parti dan Pakatan Harapan (PH).


Beliau menang kerusi DUN Pemanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 363 undi apabila memperoleh 8,304 undi untuk menewaskan Koo Shiaw Lee daripada BN yang memperoleh 7,941 dan Normala Sudirman dari PAS yang mendapat 2,151 undi.

Jumaat lalu, Hasni yang juga ADUN Benut, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-18 di Istana Bukit Serene, selepas memperoleh majoriti mudah iaitu 28 ADUN menyokongnya, manakala PH pula hanya meraih sokongan 26 ADUN.

Ditanya sama ada Dr. Chong perlu membuat bayaran pampasan kepada PKR berikutan tindakannya keluar parti itu, beliau bagaimanapun tidak pasti dengan hal itu.

Ia sebagaimana yang didakwa berlaku kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Halim Bachik menerusi perjanjian antara semua ADUN dan Ahli Parlimen PKR ketika dipilih sebagai calon mewakili parti berkenaan dalam PH pada PRU-14, pada Mei 2018.

ā€œSaya pun tidak pasti apa Akuan Bersumpah (SD) yang ditandatangani.

ā€œApa-apa pun saya akan hadapi. Pada ketika itu, keadaan sangat huru-hara. Namun, saya akan hadapinya walau apa pun,ā€ katanya. – BH Online

Kategori