Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tegaskan Pendirian Tunggu...

KUALA LUMPUR - Malaysia menganggap insiden pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang...

Najib, Zahid Ziarah Jenazah...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi jenazah Anggota...

107 Individu Disenarai Dalam...

KUALA LUMPUR - Seramai 107 individu yang dihukum atas kesalahan berkaitan kanak-kanak telah...

SKMM Teruskan Siasatan Kes...

HULU TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan tetap meneruskan siasatan...

Ahmad Faizal Angkat Sumpah MB Perak Ke-13

KUALA KANGSAR – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-13 di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Ahmad Faizal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, menerima watikah pelantikan daripada Sultan Nazrin yang kemudian mengangkat sumpah jawatan di hadapan baginda di Istana Iskandariah di sini.

Beliau kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim.

Sultan Nazrin berkenan melantik Ahmad Faizal sebagai menteri besar setelah beliau mendapat kepercayaan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dibuat berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a) Undang undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Selasa lepas, Ahmad Faizal meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-12 setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini yang dipimpinnya selepas Pilihan Raya Umum ke-14, tumbang.

Sehari sebelum itu, Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu mendapat sokongan 32 daripada 59 ADUN bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.


Pada hari sama, empat ADUN bertindak meninggalkan parti masing-masing dengan seorang ADUN PKR menyertai BERSATU, manakala dua ADUN DAP dan seorang ADUN AMANAH meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas.

Mereka yang terbabit ialah ADUN PKR Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus Jamahri yang menyertai BERSATU, manakala ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong A. Sivasubramaniam meninggalkan DAP serta ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain keluar dari AMANAH.

Yong, Sivasubramaniam dan Hasnul bagaimanapun menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional Perak yang akan mengambil tampuk pemerintahan negeri daripada PH selaras dengan jajaran politik baharu di negeri ini.

Berikutan itu, komposisi DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi kini terdiri daripada Barisan Nasional yang semuanya UMNO (25); DAP (16); AMANAH (5); BERSATU (4); PKR (3), PAS (3) dan Bebas (3).

Kategori