Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Paluan Gendang Pampat ‘Seru...

MARUDI: Setiap kali penyandang Ahli Dewan Undangan (ADUN) berkunjung ke rumah-rumah panjang masyarakat...

Terengganu Ambil Positif Agenda...

DUNGUN - Kerajaan negeri memandang positif usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memberi...

Anwar Dakwa Masih Ada...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa...

Polis Selangor Rampas 600,000...

SHAH ALAM - Polis Selangor merampas 600,000 biji pil Eramin 5 bernilai RM9...

Al-Azhar Keluar Fatwa Harus Tangguh Solat Jumaat

KAHERAH – Majlis Ulama Kanan Al-Azhar pada Ahad meluluskan fatwa harus menangguhkan solat Jumaat, termasuklah solat berjemaah di masjid, jika perlu, susulan penularan wabak Covid-19.

Memetik kenyataan berbahasa Arab pertubuhan yang diketuai Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, agensi berita Anadolu melaporkan keputusan itu dipersetujui pada Ahad (15 Mac) dan disiarkan di laman Facebook pertubuhan berkenaan.

Serentak dengan penangguhan ibadat itu lafaz azan boleh diubah daripada kelaziman “hayya ‘ala al-Salah” (marilah menunaikan solat) kepada “Sollu fi buyutikum” (tunaikanlah solat di rumah anda).

Terdahulu pada Jumaat lepas, Kesatuan Ulama Muslim Sedunia yang dipengerusikan Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni turut menyeru negara terjejas dengan wabak Covid-19 menangguhkan solat Jumaat sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa.

Khamis lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, serta menegaskan penularan dan keadaan wabak sangat teruk serta membimbangkan.

Kategori