ANAK angkat usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri diserahkan kepada pembantu peribadinya untuk jagaan sementara.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menahan Aliff pada 3.30 petang semalam bagi membantu siasatan kejadian pukul membabitkan anak angkatnya yang berusia dua tahun itu, namun dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.
āPegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling Jaya sudah membuat penilaian dan menasihatkan mangsa diletakkan di bawah jagaam sementara pembantu peribadi Aliff.
āSebelum ini, kami menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumah kepada Aliff pada Sabtu lalu pada 3.45 petang.
āHasil pemeriksaan awal dilakukan pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di bahagian belakang badan mangsa. Namun, pegawai perubatan tidak dapat mengesahkan bahawa kecederaan berkenaan adalah daripada perbuatan dera,ā katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Nik Ezanee berkata, pihaknya sudah merakam percakapan pembantu rumah berkenaan dan saksi-saksi lain dalam kejadian terbabit.
āKami juga akan menyambung merakam percakapan beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan itu mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
āKertas siasatan kes berkenaan akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya,ā katanya. – myMetro Online