Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Semua Pihak Perlu Bersatu...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meminta semua...

Rakyat Malaysia Jujur Tarik...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima maklumat...

Najib Ucap Selamat Maju...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada...

EPL: Pedro Dedah Mengapa...

LONDON - Bintang baharu Chelsea, Pedro Rodriguez mendedahkan perbualannya bersama Jose Mourinho dan...

Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat Ini

YANG di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob bersetuju supaya Istiadat Mengangkat Sumpah Ketua Menteri Melaka yang baharu diadakan pada 6 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hasan menerusi satu kenyataan media, hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka bersetuju supaya Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 diadakan pada 6 Mac 2020.

“TYT turut bersetuju Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pelantikan,” katanya.

Istiadat itu akan diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan rasmi mengenai tokoh dinamakan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu. – myMetro Online

Kategori