Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Khalid Ibrahim Jadi Penasihat...

KUALA NERUS - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang...

Kenaikan Harga Minyak Tidak...

SEREMBAN - Kenaikan harga minyak tidak akan menjejaskan program turun harga barangan di...

Peserta Muslim Ratu Cantik...

SETIAP pertandingan ratu cantik, pasti akan ada segmen setiap pesertanya perlu menggayakan bikini...

Lelaki Warga Myanmar Maut...

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki warga Myanmar maut setelah kereta dipandunya terbabas di Kilometer...

Anifah Ketuai Gabungan Parti Sabah, Alu-Alukan Penyertaan

KOTA KINABALU – Empat parti Sabah hari ini menandatangani perjanjian untuk bergabung menjadi parti tunggal dengan matlamat menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Warisan sekarang.

Penggabungan Parti Cinta Sabah yang diketuai oleh Wilfred Bumburing; Parti Anak Sabah pimpinan Henrynus Amin; Parti Gagasan Rakyat Sabah pimpinan Dr. Tiong Tituh dan sebuah parti yang belum didaftarkan, Parti Hak Sabah pimpinan bekas ADUN Petagas, James Ligunjang didahului dengan perbincangan selama beberapa bulan sebelum ini sebelum tiba untuk majlis tandatangan hari ini.

Dalam proses penggabungan itu, 3 parti akan dibubarkan dan disatukan di bawah parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), bukan sebagai Gabungan Sabah seperti dicadangkan sebelum ini oleh presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah), Jeffrey Kitingan.

Satu nama baru akan dipilih bagi menggantikan nama Gagasan dan akan diputuskan oleh pemimpin 4 parti terbabit.

Antara terma perjanjian itu termasuklah menerima bekas menteri luar Anifah Aman sebagai presiden parti.

Penubuhan Gagasan juga akan menyaksikan bekas pemimpin Upko, iaitu Ewon Ebin dan Marcus Mojigoh menyertai entiti baru tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Star Sabah dan Parti Progresif Sabah (SAPP) akan menyertai gabungan politik baru berkenaan.

Menurut Anifah, Gagasan mengalu-alukan kemasukan Star Sabah tetapi ia perlu mematuhi terma perjanjian.

“Saya fikir pemimpin Star Sabah masih berunding dengan anggota mereka kerana ia perlu dibubarkan untuk bergabung.

“Justru langkah itu tidak boleh diambil tanpa kelulusan anggota Majlis Tertinggi parti itu,” katanya kepada pemberita di Penampang hari ini.

Terdahulu Anifah berkata, idea untuk menyatukan semua parti itu bertujuan menamatkan pertelingkahan yang timbul daripada formula parti gabungan.

Beliau berkata, parti gabungan diketahui merupakan punca perselisihan dan perpecahan dalam kalangan pemimpin politik Sabah, misalnya ketika rundingan pembahagian kerusi semasa pilihan raya.


SAPP yang diketuai oleh bekas ketua menteri Sabah, Yong Teck Lee menolak idea pembubaran parti pimpinannya, tetapi menyokong penubuhan Gagasan, sementara Parti Bersatu Sabah (PBS) memaklumkan tidak akan menyertainya.

Pemimpin PBS menolak idea penggabungan itu kerana dikehendaki membubarkan parti mereka yang berusia 35 tahun.

Menyifatkan penubuhan Gagasan sebagai usaha yang masih berjalan, Anifah bagaimanapun berkata, semua persiapan ke arah penggabungan hampir selesai dan dijangka siap sepenuhnya pada April ini.

Ketika ditanya tentang kemungkinan Gagasan meletakkan calon sekiranya pilihan raya diadakan berikutan ketidaktentuan politik yang berlaku, Anifah berkata, “ia akan dibuat, perkara yang perlu dibuat akan dibuat.”

Pilihan raya baru mungkin diadakan sekiranya usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri yang baru dilantik Muhyiddin Yassin di persidangan Parlimen Mei ini gagal.

Ketika ditanya sama ada mereka akan menjemput lebih banyak parti, Anifah berkata, ia mengalu-alukan mana-mana parti untuk menyertai Gagasan dengan syarat bersedia berkorban dengan membubarkan parti masing-masing.

Terdapat 14 parti di Sabah, dengan 3 daripadanya bersetuju untuk bergabung di bawah kepimpinan Anifah.

Anifah berkata, antara teras perjuangan Gagasan ialah mencari penyelesaian berkait tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan isu pendatang tanpa izin.

Katanya, Gagasan juga ditubuhkan kerana kerajaan negeri pimpinan Warisan kini banyak membuat dasar yang salah. – FMT

Kategori