Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cuti Bersalin 98 Hari,...

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan...

Bekas Suami Tak Bayar...

PUTRAJAYA - Tindakan lebih tegas sedang dipertimbang kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank...

Jangkitan Covid-19 Hampir 10...

BEIJING - Penggunaan metodologi baharu untuk diagnosis koronavirus (Covid-19) menyaksikan peningkatan kes jangkitan...

Zayn Malik Bercinta Dengan...

GAMBAR terbaharu yang dikongsikan bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik di laman...

Arahan Bekerja Dari Rumah Ada Kelebihan, Kelemahan

SHAH ALAM – Arahan bekerja dari rumah yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19 bermula semalam sehingga 31 Mac dilihat mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

Tinjauan Bernama mendapati, ada dalam kalangan pekerja pernah diarahkan bekerja dari rumah oleh majikan sebelum ini namun terdapat pekerja yang pertama kali melalui pengalaman sedemikian.

Seorang pekerja syarikat perkhidmatan perkapalan di Klang, Nurnasha Edrinanieza Mohammed, 24, berkata bekerja dari rumah bukan perkara baharu baginya namun tempoh masa dua minggu yang diarahkan kerajaan mungkin ‘mengganggu’ sedikit proses kerjanya.

“Majikan memang menyokong penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan itu dan membenarkan saya membawa pulang komputer riba bagi melicinkan proses kerja. Namun, apa yang sukar adalah apabila mesyuarat terpaksa dilakukan secara dalam talian.

“Pada saya, ini dilihat kurang efektif kerana ada beberapa perkara yang kita perlu berbincang secara bersemuka. Namun, demi mengekang penularan wabak, kita kena akur,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Pereka grafik swasta di Shah Alam, Muhammad Wahyu Mohd Aini, 25, berkata walaupun teruja kali pertama bekerja dari rumah namun khuathir tumpuannya pada kerja boleh terganggu.

“Pada pendapat saya, bekerja dari rumah ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Kelebihannya sudah pasti saya tidak perlu tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja.

“Namun kelemahannya adalah disiplin kerja tidak sama seperti di pejabat kerana apabila di rumah, banyak benda boleh mengganggu. Jadi, terpulang kepada diri sendiri untuk menjalankan amanah syarikat,” katanya.

Lain pula pendapat seorang pekerja syarikat perisian komputer di Bukit Tinggi, Klang, Farhan Rahim, 24, yang melihat selain arahan bekerja dari rumah dapat mengekang penularan COVID-19, ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan serta kos pengangkutan.


Sungguhpun begitu, katanya, tugasan kerja harian mesti disempurnakan sebaiknya kerana syarikat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada setiap pekerjanya.

“Segala tugasan telah diberikan oleh syarikat sehingga tempoh perintah kawalan itu tamat dan mereka akan mengemas kini perjalanan kerja seluruh kakitangan. 

“Jika ada mesyuarat yang dijadualkan, ia akan dibuat secara atas talian namun pada pendapat saya, ada sesetengah perkara lebih mudah diterangkan secara berhadapan,” katanya. 

Pada Isnin lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa semalam sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Perintah kawalan yang dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Menerusi perintah kawalan itu, semua premis kerajaan dan swasta ditutup kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).

Kategori