Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Budak 10 Tahun Antara...

SEORANG kanak-kanak perempuan 10 tahun antara 114 individu yang ditahan disyaki terlibat dalam...

2 Lelaki Mengaku Berasal...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia menahan dua lelaki yang mendakwa berasal dari Sabah...

Anwar Minta PAS Tarik...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Gadis Ni Nak Sangat...

Golongan muda sekarang apabila emosi menguasai pemikiran, cakap kadang-kadang seperti tidak menggunakan akal.Dalam...

ATM Nafi Atur Gerak Aset Tentera Ambil Alih Negara

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang hari ini menjelaskan atur gerak aset tentera darat di jalan-jalan tertentu seperti yang tular di media sosial sebenarnya adalah untuk latihan ketenteraan dan bukan untuk mengambil alih situasi terkini negara.

Beliau menegaskan penularan video yang menampakkan atur gerak aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu adalah hebahan maklumat yang tidak tepat.

“Berita bahawa ATM atau tentera telah mula bersiap sedia untuk mengambil alih situasi terkini negara adalah berita palsu.

“Semua pihak terutama mereka yang tidak bertanggungjawab dinasihatkan untuk berhenti menyebarkannya serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Affendi berkata, berita yang tular itu tidak tepat kerana atur gerak aset tentera darat tersebut sebenarnya adalah untuk latihan ketenteraan dan diperintahkan untuk kembali semula ke kem masing-masing atas ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sehubungan itu, beliau berkata, kepimpinan tertinggi ATM memutuskan untuk beberapa perkara berkaitan operasi, latihan dan kursus, eksesais, pentadbiran dan logistik diperhalusi berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan.


“Justeru, perkara yang melibatkan latihan ketenteraan ditangguh buat sementara. Bagaimanapun perkara melibatkan operasi dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara tetap akan dilaksana seperti biasa,” katanya.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan dan panik dalam kalangan masyarakat.

Hari ini, tular di media sosial keberadaan beberapa kenderaan perisai ATM di jalan-jalan tertentu yang dikatakan untuk mengambil alih situasi terkini negara. 

Kategori