Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Proton Iriz Terima Anugerah...

KUALA LUMPUR – Proton Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) menerima satu lagi pengiktirafan...

AS Dedah Sekatan Baru...

WASHINGTON - Amerika Syarikat, semalam mendedahkan sekatan baru menyasarkan sektor perkapalan Korea Utara...

Polis Angkut Replika Senjata...

PAS menyerahkan replika senjata yang digunakan dalam perarakan kontroversi di Setiu, Terengganu pada...

Tambahan RM2 Juta Untuk...

PASIR PUTEH - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menerima peruntukan tambahan RM2...

ATM Tak Terbabit Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata penugasan untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19 tidak melibatkan anggota tentera sebaliknya melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Buat masa ini, PDRM akan menentukan semua (tugas) penguatkuasaan susulan pengumuman perintah itu,” katanya.

Affendi berkata demikian kepada Bernama selepas diminta mengulas adakah anggota ATM terlibat dalam menguatkuasakan perintah yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Beliau turut menjelaskan yang pengumuman perintah itu tidak akan menjejaskan operasi serta penugasan pegawai dan anggota di sempadan serta perairan negara.

“Operasi di sempadan serta perairan negara akan berjalan seperti biasa namun ATM akan mengurangkan latihan yang tidak mendesak,” katanya.

Muhyiddin hari ini mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mencegah penularan baharu wabak COVID-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.


Ini adalah pertama kali dalam sejarah, Malaysia menguatkuasakan perintah seumpama itu.

Perintah kawalan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Peningktan kes COVID-19 meningkat secara mendadak di negara ini iaitu 190 kes baharu dilaporkan semalam dan hari ini sebanyak 125 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhah individu yang dijangkiti setakat 12 tengah hari semalam ialah 553 orang.

Seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pulih.

Kategori