Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aksi Ghairah Di Kolam...

KOTA KINABALU - Gambar dua individu dipercayai lelaki dan wanita sedang mandi sambil...

ZPP Nafi Gambar Viral...

BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini menafikan pihaknya membuang kelengkapan...

Polis Buru Dua Suspek...

KUALA LUMPUR - Polis memburu dua individu yang terlibat dalam rompakan bersenjata melibatkan...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan...

Azwan Ali Didenda RM17,000 Hina Petugas Hospital Putrajaya

KUALA LUMPUR – Bekas pengacara, Azwan Ali, dijatuhi hukuman denda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membuat penghantaran yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19.

Dia dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan, 54, menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Terdahulu, Azwan Ali yang berpakaian serba hitam, didakwa menggunakan laman YouTube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya. – BH Online

Kategori