Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Hanya 5 Calon Tawar...

RASMI... Selepas melalui proses pemeriksaan dengan pihak Jabatan Insolvensi dan sebagainya, jumlah sebenar...

Parlimen: Lebih 500 Laman...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 536 laman sesawang telah disekat di bawah Akta Rumah...

Suami Isteri Ditahan Dipercayai...

SUAMI isteri yang hidup bergantung dengan hasil menjual dadah ditahan polis di rumahnya...

Pihak Itu Bukan Orang...

LUPAKAN isu kepala Neelofa disentuh oleh Maulana yang merupakan saudara kepada pakciknya kerana ia...

Barisan EXCO Johor Dibarisi Pemimpin Kanan Parti

MUAR – Barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang baharu dijangka dibarisi pemimpin kanan parti gabungan Perikatan Nasional di negeri ini.

Menurut sumber, beberapa pemimpin utama parti UMNO, MIC, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS akan dilantik ke barisan EXCO dengan majlis angkat sumpah dijangka pada Jumaat ini.

Sumber itu berkata, secara tradisinya, barisan EXCO Johor akan dianggotai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan UMNO, MIC, BERSATU, PAS selain ADUN Bebas dijangka akan membentuk gabungan berkenaan.

“Seperti di peringkat Persekutuan, EXCO baharu yang dilantik juga akan terdiri dari kalangan pemimpin utama gabungan parti yang membentuk kerajaan negeri selain mewakili komposisi kaum negeri.

“Antara yang hampir pasti tersenarai dan disebut-sebut sebagai EXCO Johor termasuk Pengerusi MIC Johor, R Vidyananthan yang juga ADUN Kahang selain Setiausaha Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali (ADUN Semarang).

“Nama dua lagi pemimpin berpengalaman dari UMNO turut diperkatakan dengan seorang daripadanya adalah bekas EXCO Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan (ADUN Seri Medan), sekali gus dijangka membuat kemunculan semula dalam barisan EXCO baharu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Petang tadi, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dilaporkan berkata, majlis angkat sumpah barisan EXCO baharu Johor dijangka akan dilakukan pada minggu ini.

Hasni dilaporkan berkata, majlis akan sumpah itu perlu disegerakan bagi membolehkan kerajaan negeri menjalankan tugas pentadbiran dengan berkesan.


Sementara itu, sumber yang membabitkan parti politik yang membentuk gabungan baharu kerajaan Johor juga mendakwa, satu-satunya wakil PAS iaitu Kapten (B) Najib Lep yang juga ADUN Bukit Pasir, dijangka turut disenaraikan.

“Sejak Hasni mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor, petang Jumaat lalu, ada kem politik mendakwa formula 4-3-1-1-1 akan digunakan iaitu empat (ADUN UMNO), tiga (BERSATU) serta satu masing-masing membabitkan MIC, PAS dan Bebas, bagi membentuk EXCO baharu negeri.

“Pemimpin BERSATU yang dijangka akan disenaraikan pula adalah Setiausaha BERSATU Johor, Mohd Solihan Badri yang sebelum ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri yang juga ADUN Tenang,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber berkenaan, semua nama berkenaan walaupun diperkatakan beberapa pihak namun perlu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor membabitkan 56 kerusi dengan agihannya ketika ini terdiri daripada 14 kerusi masing-masing daripada UMNO dan DAP, BERSATU (11), AMANAH (sembilan), PKR (lima), MIC (dua) dan PAS (satu). – BH Online

Kategori