Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dr. Azizan & Hijrah...

DR. AZIZAN bukan lagi nama; pada era 5R (Rating Revenue Recovery Reputation & Responsible)...

Pelabur Asing Beli RM350...

KUALA LUMPUR – Pelabur-pelabur asing membeli sebanyak RM350 juta dana tempatan pada minggu...

Kerajaan Diminta Kaji Semula...

GEORGE TOWN - Sekumpulan pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP),...

443,029 Individu Lengkap 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 443,029 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19...

Boleh Keluar RM1,500 Dari Skim Persaraan Swasta

KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan pengeluaran prapersaraaan dari Akaun B Skim Persaraan Swasta (PRS) sehingga RM1,500 bagi setiap ahli.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengeluaran itu yang tidak dikenakan sebarang penalti cukai adalah bagi tempoh April hingga Disember 2020.

“Saya sedar bahawa ada dalam kalangan saudara-saudari yang menabung untuk simpanan hari tua dalam Skim Persaraan Swasta atau PRS.

“Dalam keadaan yang sukar pada waktu ini, tentulah saudara-saudari memerlukan wang tunai daripada apa jua bentuk simpanan untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan harian.

“Sehubungan itu, Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari Akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung, hari ini. – BH Online

Kategori