Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Budak Perempuan Didera Diselamat...

Kuala Lumpur - Laporan polis yang dibuat seorang bapa mengenai kehilangan anak perempuan...

Hasrat Buka Bisnes Lebur...

KUANTAN - Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan...

Keadaan Kuil Sri Maha...

IPOH - Keadaan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di...

China Didakwa Lancar Kempen...

SHANGHAI – Ibu negeri wilayah Xinjiang, Urumqi yang didiami oleh etnik minoriti Islam...

Cabaran Menanti Kabinet Sangat Luar Biasa – Tok Mat

RAKYAT diminta untuk memberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah Kabinet ruang serta peluang untuk berkhidmat dan membuktikan kemampuan mereka dalam mentadbir negara.

Menyifatkan cabaran akan ditempuh kerajaan hari ini adalah luar biasa, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengaruh, kekuatan dan kelangsungan Perikatan Nasional (PN) amat bergantung kepada prestasi jemaah menteri yang dilantik.

“Perdana Menteri membentuk kabinetnya dan saya mengucapkan setinggi tahniah kepada mereka yang dilantik. Namun cabaran menanti kerajaan baharu ini sangat luar biasa.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anggota jemaah menteri Perikatan Nasional,” katanya melalui catatan dimuat naik di laman Facebook peribadinya di Seremban, hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinet terdiri daripada 31 menteri dan buat pertama kali dalam sejarah tidak menamakan Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri sebaliknya mengumumkan pelantikan empat menteri kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin.

Kategori