Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelakon Nadiya Nisaa Hamil...

JIKA semalam penyanyi Misha Omar mendedahkan dia kini hamil anak sulung, pelakon Nadiya...

Video COO Felcra Jerit...

SATU klip video yang memaparkan Ketua Pegawai Operasi (COO) Felcra Berhad, Mohd. Khairi...

Hari Derma Darah Di...

KUALA LUMPUR - Pusat Darah Negara akan mengadakan Hari‎ Penderma Darah Sedunia Peringkat...

Banjir: Bekalan Sayur Di...

PENGERANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memberi jaminan, bekalan sayur di Johor...

COVID-19: 11 Juta Penduduk Asia Timur Akan Jatuh Miskin

WASHINGTON – Keruntuhan ekonomi daripada COVID-19 akan menyebabkan ekonomi China tidak berkembang selain mengheret 11 juta penduduk di Asia Timur ke kancah kemiskinan, Bank Dunia memberikan amaran.

“Pandemik itu mengakibatkan ‘kejutan global’ tidak pernah dihadapi sebelum ini, yang akan menghentikan pertumbuhan dan meningkatkan kemiskinan ke seluruh rantau ini,” kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Asia Timur dan Pasifik, Aaditya Mattoo.

Malah, dalam senario kes terbaik sekali pun, rantau ini akan menyaksikan pertumbuhannya jatuh mendadak, dengan China diunjurkan berkembang perlahan 2.3 peratus berbanding 6.1 peratus pada 2019, demikian menurut laporan impak COVID-19 terhadap rantau ini.

Dengan dua perlima populasi dunia berada di bawah perintah berkurung yang menyebabkan perniagaan terpaksa ditutup dan pengangkutan diperlahankan bagi membendung virus, China, negara di mana wabak itu bermula mungkin terselamat daripada kemeseletan namun akan mengalami penurunan mendadak.

Hanya dua bulan lalu, ahli ekonomi Bank Dunia mengunjurkan China akan berkembang sebanyak 5.9 peratus tahun ini, yang akan menjadi prestasi terburuknya sejak 1990.

Kini, ekonomi kedua terbesar dunia itu berdepan tinjauan lebih suram, dicerminkan menerusi penguncupan terbesar aktiviti pembuatan pada Fabruari sambil pengeluaran industri merosot buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Rantau Asia Timur dan Pasifik, tidak termasuk China, akan menyaksikan pertumbuhan perlahan kepada 1.3 peratus atau menguncup 2.8 peratus dalam senario lebih pesimis, berbanding pertumbuhan 5.8 peratus tahun lalu, kata laporan berkenaan.


“Pandemik memberi kesan kepada ekonomi rantau ini, namun kedalaman dan tempoh masa kejutannya amat tidak pasti seperti kebiasaan,” kata laporan Bank Dunia.

Malah, rantau ini juga berdepan ketidaktentuan daripada konflik perdagangan bersama Amerika Syarikat (AS).

“Pembendungan pandemik akan membolehkan pemulihan, namun risiko tekanan kewangan berpanjangan adalah tinggi, malah melangkaui 2020,” Bank Dunia memberikan amaran.

“Negara paling terdedah adalah yang amat bergantung kepada perdagangan, pelancongan, komoditi, berhutang tinggi dan bergantung kepada aliran kewangan.” – Agensi

Kategori