Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pelik Tapi Benar, Ikan...

PENDUDUK Michigan, Amerika Syarikat gempar apabila beberapa kaki pancing berjaya menangkap sejenis ikan...

KDN Akan Panggil Ketua...

KUALA NERUS - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang akhbar berbahasa...

Hillary Clinton Akan Bertanding...

BEKAS Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton disahkan bakal bertanding untuk merebut jawatan...

Lepas Nora Danish, Jaafar...

JIKA sebelum ini gambar Nora Danish disalahguna dalam sebuah video yang menampilkan beberapa...

COVID-19: 841 Rakyat Malaysia Terkandas Di 20 Negara

PUTRAJAYA – Seramai 841 rakyat Malaysia kini terkandas di 20 negara susulan penguatkuasaan peraturan kawalan atau sekatan perjalanan oleh pelbagai negara sebagai langkah kawalan penularan wabak COVID-19.

Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 Kementerian Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, dalam satu kenyataan berkata, semua rakyat Malaysia yang terkandas itu sudah diberikan bantuan konsular oleh Perwakilan Malaysia di luar negara meliputi nasihat berkenaan urusan penginapan sementara, laluan penerbangan alternatif, dan bantuan-bantuan lain yang berkaitan.

“Kementerian Luar Negeri seterusnya ingin memaklumkan bahawa Pejabat Perwakilan yang terbabit sudah berjaya membantu memudah cara urusan pulang bagi sejumlah 116 rakyat Malaysia iaitu 113 dari Maghribi; dan tiga dari Maldives.

“Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pagi ini, Perintah Kawalan Pergerakan oleh Malaysia tidak menghalang kemasukan rakyat Malaysia dari luar negara, sepanjang tempoh penguatkuasaan perintah ini,” katanya.

Ketika ini, seramai 274 rakyat Malaysia terkandas di India; Uzbekistan (209); Maghribi (160); Mesir (43); Arab Saudi (28); Bangladesh (26); Sweden (26); Sepanyol (19); Austria (11); masing-masing lapan di Montenegro dan Finland; Ukraine (tujuh); masing-masing lima di Switzerland dan Norway; Maldives (empat); Poland (tiga); Hungary (dua) dan masing-masing seorang di Panama, Ecuador serta Lithuania.

Rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara diminta untuk terus bertenang dan menghubungi Perwakilan Malaysia yang berkenaan selain mengambil langkah berjaga-jaga.


Selain itu, beliau berkata, rakyat Malaysia di luar negara juga disarankan untuk mendaftarkan diri di Perwakilan Malaysia yang terdekat.

Jumaat minggu lalu, Hishammuddin dalam satu sidang media, berkata hingga Khamis, seramai 14,929 rakyat Malaysia di China terjejas teruk akibat COVID-19.

Selain di China, rakyat Malaysia di sembilan lagi negara yang turut terjejas adalah di Amerika Syarikat (23,179); Jepun (6,019); Korea Selatan (4,297); Perancis (2,401); Jerman (2,218); Switzerland (790); Itali (380); Sepanyol (150) dan Iran (67). – BH Online

Kategori