Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Prosedur Operasi Standard Baharu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi kawasan...

Dema Minta Naib Canselor...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik (Dema) menyelar Naib Canselor Universiti...

Misi Jejak Hawari Ditangguh,...

PUTRAJAYA: Misi mencari dan menyelamat pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim...

Thai Airways Bakal Perkenal...

BANGKOK - Thai Airways International (THAI) akan memulakan perkhidmatan laluan baharu ke Vienna,...

COVID-19: Kakitangan Awam Diarah Kerja Dari Rumah

PUTRAJAYA – Semua pegawai awam diarah bekerja dari rumah, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa esok hingga 31 Mac, bagi mengekang penularan wabak COVID-19, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dalam surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini, berkata ketua jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting di kementerian atau jabatan masing-masing dan mengarahkan pegawai terbabit hadir bertugas di pejabat.

Menurut Mohd Khairul, bagi pegawai yang diarah bekerja dari rumah, mereka hendaklah mematuhi arahan termasuk sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat atau bekerja yang ditetapkan kerajaan.

ā€œPegawai mesti sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh ketua jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana tempat lain dan pastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja,ā€ katanya.

Mohd Khairul berkata, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi perkara yang dinyatakan itu, melainkan mendapat kebenaran ketua jabatan.


ā€œPegawai tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang mana bersesuaian,ā€ katanya.

Mohd Khairul berkata, arahan itu turut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Kategori