Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Pasir Salak Belum...

PASIR SALAK – UMNO Pasir Salak belum membuat keputusan sama ada mengekalkan muka...

Agong Rasmi Shopping Mall...

ALOR SETAR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan...

Bomba Terus Pantau Keadaan...

SUNGAI SIPUT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak akan terus memantau keadaan di...

Peluang Daftar Pekerja Asing...

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Johor memberi peluang kepada majikan pekerja asing untuk...

COVID-19: Pengangkutan Awam Dihadkan Masa Operasi

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengehadkan masa operasi perkhidmatan pengangkutan awam antara jam 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, jangka masa itu ditetapkan supaya pekerja yang bekerja di sektor perkhidmatan perlu dapat berulang-alik dari tempat kerja dan orang awam boleh membeli barang keperluan di pasar dan pasar raya.

Katanya, langkah itu juga dibuat berikutan jumlah pengguna kenderaan awam merosot selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Kita mendapat laporan jumlah penumpang berkurangan terutama ketika waktu pejabat. Selain itu, pengangkutan awam ini sukar untuk dilaksanakan langkah penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkhidmatan E-hailing kereta dan teksi dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Katanya kerajaan ingin menegaskan bahawa penjarakan sosial (social distancing) perlu dipatuhi sepanjang masa dan pemandu diminta memakai topeng muka. – BH Online

Kategori