Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tony Fernandes Dinamakan ‘Pembina...

KUALA LUMPUR - Kejayaan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes...

Jack Ma Kagum Pengetahuan...

PUTRAJAYA - Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma, yang mengadakan pertemuan...

Nora Danish, Nedim Kahwin...

MENGAKUI menginginkan sebuah perkahwinan yang sederhana, Nora Danish Dan Nedim memberitahu mereka tidak...

Najib Kecewa Biasiswa Luar...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa...

Covid-19: Redzuan Berborak Lama Dengan Hisham

PENGERUSI UDA Holdings Bhd. (UDA), Datuk Hisham Hamdan dipercayai positif Covid-19 manakala tiga lagi pengurusan kanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dikuarantin selama 14 hari.

Dalam satu pekeliling dikeluarkan Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Kementerian Kesihatan menasihatkan Wan Suraya dan dua lagi pegawai kanan kementerian itu untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Untuk memastikan operasi harian berjalan lancar di MEDAC, kementerian melantik sementara Datin Dr. Syahira Hamidon untuk menjaga keseluruhan kementerian dan sektor industri utama manakala Abkari Abdullah sebagai ketua sektor pembangunan manakala Ismail Mohamed Yusof sebagai ketua pengurusan .

“Bagaimanapun, pegawai yang dilantik perlu merujuk kepada penyelia masing-masing sebelum sebarang keputusan boleh dibuat terutama perkara berkaitan dengan kementerian,” katanya seperti dilaporkan portal The Edge Market.

Sebelum ini, UDA dalam satu kenyataan akhbar mengesahkan seorang Ahli Lembaga Pengarah disahkan positif Covid-19 dan kini dikuarantin di salah sebuah hospital kerajaan.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak memaklumkan siapa individu dimaksudkan tetapi tular di media sosial Hisham positif Covid-19.

Berdasarkan perkara itu, UDA dalam usaha mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengenal pasti individu yang berurusan secara dekat dengan individu terbabit.


Sementara itu, portal Malaysiagazette melaporkan Hisham juga sebelum itu dilihat bersama-sama dengan pimpinan baharu kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof juga dikatakan duduk semeja dan berborak berjam-jam bersama Hisham semasa majlis perpisahan bekas menteri berkenaan pada Khamis lalu di sebuah hotel.

Turut bersama ketika majlis yang sama ialah timbalannya, Datuk Dr. Hatta Ramli dan barisan pegawai kanan kementerian berkenaan.

Semalam, Khazanah Nasional Berhad mengesahkan salah seorang kakitangannya dijangkiti wabak Covid-19 dan ada kaitan kerana suspek pernah ke Shanghai pada pertengahan Januari lalu.

Kakitangan itu adalah kes-26, iaitu salah satu daripada empat kes baru penghidap wabak berkenaan. – myMetro Online

Kategori