Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anwar Minta Perbaiki Tandas...

PETALING JAYA - Bakal Perdana Menteri ke-8, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peduli...

Banjir Pahang: 2 PPS...

KUANTAN: Seramai 33 orang daripada 11 keluarga dari tiga kampung dipindahkan ke dua...

TNB Buat Persediaan Pelapasan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah membuat persediaan di semua empangan...

BR1M: Lebih RM4.56 Juta...

MELAKA - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah lebih RM4.56 juta sedang diagih...

Doa Rakyat Palestin Buat Malaysia

KUALA LUMPUR – Rakyat Palestin mendoakan kesejahteraan buat Malaysia selepas merasai kepedihan apabila melihat negara ini dilanda penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan.

Berita itu dikongsi Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Profesor Dr. Zainur Rashid di Facebooknya.

Beliau muat naik satu video yang diperoleh daripada masyarakat Palestin yang mendoakan kesejahteraan buat Malaysia.

“Besarnya jiwa mereka, para wanita dari negara Palestin yang dijajah regim zionis Israel, mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat keseluruhan rakyat Malaysia daripada wabak koronavirus (Covid-19),” tulisnya yang tular di laman sosial.

Video berdurasi 1minit 21 saat ditonton lebih 38,000 tontonan dan 2,800 tanda suka sejak dimuat naik semalam.

Netizen bernama Siti Suraini Tauher menzahirkan rasa terharu di atas doa yang dititipkan buat Malaysia.


“ALLAH, angkatlah doa mereka buat negara Malaysia dan semua negara hilang dari Covid-19 serta penyakit yang bakal memudaratkan kami. Amin,” katanya.

Menurut Samsu Siad, dia berasa kagum dengan ketabahan masyarakat Palestin meskipun dilanda kesusahan, tetapi masih ada ruang untuk doakan negara ini.

“Anda sendiri masih tak cukup namun anda berdoa seperti anda telah cukup segalanya. Inilah kehebatan umat Islam yang sentiasa tak senang jika saudaranya sendiri dalam kesusahan. Semoga Palestin sentiasa di bawah keredaan ALLAH,” katanya. – Sinar Harian

Kategori