Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

‘Boleh Ke Simpan Baki...

KEBIASAANNYA ramai ibu bapa berasa sayang hendak membuang lebihan ubat yang telah digunakan...

‘Jit Jit Penghibur Kami’

Johor Bahru: Seekor kucing dinamakan 'Jit Jit' bukan saja menjadi kesayangan pekerja sebuah...

RM11 Juta Naik Taraf...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan RM11...

DAP Kata Johor Bukan...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Johor yang selama 56...

Doakan Wabak Covid-19 Berakhir Sebelum Musim Haji

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengajak seluruh masyarakat mendoakan agar penularan wabak Covid-19 berakhir sebelum bermulanya musim ibadah haji tahun ini.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk kerajaan membuat sebarang ketetapan berhubung peluang umat Islam menunaikan haji buat masa ini kerana tempoh permulaan musim haji masih berbaki empat bulan.

“Perkara ini kita kena lihat ketika waktu yang hampir dengan masa ibadah itu, iaitu ketika mana hampir waktu haji.

“Sekarang kita ada dalam empat bulan lagi, jadi kita doa kepada ALLAH SWT supaya wabak Covid-19 berlalu pergi (ketika musim haji),” katanya kepada pemberita selepas melakukan tahnik kepada lebih 40 bayi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Penerbangan pertama jemaah haji bagi tahun ini dijadual pada 22 Jun dengan 33,600 jemaah dijangka berangkat ke Tanah Suci.

Arab Saudi pada akhir bulan lepas memutuskan menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah, untuk sementara waktu susulan penularan wabak Covid-19 di Timur Tengah.

Kategori