Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Iklan Raya TNB Ditonton...

KUALA LUMPUR - Iklan raya Tenaga Nasional Berhad (TNB) tahun ini berjaya mencuit...

Kedah Cadang Haram Penjualan...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah bercadang mengharamkan penjualan vape, kata Exco Kerajaan...

Cikgu Belikan Kasut Untuk...

SEORANG guru sekolah di Gombak, Selangor sanggup beli sebanyak 55 pasang kasut sekolah...

Hampir 9.2 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 9,159,151 dos vaksin Covid-19 pelbagai jenama di fasiliti atau...

Ekonomi Teruk Legasi Pakatan Harapan – Annuar

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa membidas Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang membuat kenyataan bahawa ekonomi negara dalam keadaan bahaya.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kor Ming selepas Bank Negara Malaysia mengumumkan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 25% semalam.

Setiausaha Agung UMNO berkata, keadaan ekonomi sekarang adalah legasi daripada Kerajaan Pakatan Harapan.

“Legasi PH…harap kerajaan TSMY segera baiki kerosakan peninggalan PH,” ujar Annuar.

Bank Pusat dalam kenyataan semalam berkata, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.


Dengan itu, kadar koridor tertinggi dan terendah bagi OPR masing-masing diturunkan kepada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.

Keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan ekonomi global telah merosot dalam tempoh kebelakangan ini termasuk wabak Covid-19 yang sedang menular telah mengganggu aktiviti pengeluaran dan aktiviti yang berkaitan dengan perjalanan, terutamanya di rantau ini.

Hal ini telah mendorong kepada kegiatan penghindaran risiko yang lebih ketara, lantas mengakibatkan keadaan kewangan menjadi lebih ketat dan mendadak semula volatiliti pasaran kewangan. – MalaysiaGazette

Kategori