Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PGA Bakal Dinaik Taraf...

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan...

VIDEO: Mesti Tonton! Bukti...

ISUƃā€šĆ‚Ā perkauman sememangnya satu isu yang sangat sensitif di negara yang mempunyai masyarakat berbilang...

PRU14: Azwan Ali Bertanding...

BAHANG Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin dirasai apabila parti-parti politik mula menamakan...

Kematian Difteria Di Sabah...

SANDAKAN ā€“ Seorang kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat penyakit Difteria di daerah...

Elaun Khas RM200 Bukti Kerajaan Hargai Pasukan Keselamatan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan tambahan yang diberikan kepada barisan hadapan seperti diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya sangat menghargai peruntukan itu, terutama ketika sukar dan kegawatan ekonomi.

ā€œKami memahami kekangan kewangan oleh kerajaan pada masa ini disebabkan kegawatan ekonomi namun mampu memberikan bantuan sebaik mungkin dalam usaha meringankan beban pasukan keselamatan dan rakyat.

ā€œKami bersyukur apabila ia (peruntukan kewangan) datang pada masa yang sukar ini,ā€ katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau berkata, pada masa sama, setiap pegawai dan anggotanya sentiasa komited dalam menjalankan tugas, terutama dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


ā€œKami akan melaksanakan tugas sebaik mungkin tanpa mengira waktu dan dalam apa juga keadaan.

ā€œSlogan kami ā€˜Sedia Berkhidmatā€™, mendorong kita untuk berusaha sebaik mungkin dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara serta kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan,ā€ katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej PRIHATIN termasuk elaun khas RM200 sebulan untuk anggota pasukan keselamatan negara. – BH Online

Kategori