Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Bekwoh’ Di Kelantan Wajib...

KOTA BHARU - Sebarang penganjuran majlis membabitkan komuniti di negeri ini wajib mendapat...

China Negara Pertama Lantik...

KABUL : China menjadi negara pertama yang menamakan duta ke Afghanistan sejak Taliban...

Polis Kulim Tumpas ‘Geng...

KULIM - Polis menahan lapan anggota 'Geng Jawa' kira-kira 16 jam selepas mereka...

Hati-Hati Penipuan Bonus AirAsia...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd. memberi amaran kepada orang awam supaya berhati-hati dengan...

FAM Tangguh Semua Kejohanan Bermula Isnin Ini

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangguhkan semua kejohanan di bawah kelolaan badan induk itu dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan kebimbangan penularan COVID-19.

Perkara itu diumumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin selepas mengadakan mesyuarat khas bersama semua pihak berkepentingan, hari ini.

Hamidin bagaimanapun menjelaskan penangguhan semua kejohanan itu akan bermula Isnin ini.

“Bagi perlawanan anjuran MFL dan FAM untuk hari ini, esok dan Ahad, semua perlawanan bermain tanpa penyokong,” kata Hamidin.

“Bermula Isnin ini, semua pertandingan FAM dan MFL ditangguhkan sehingga kita dapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua pihak berkuasa terbabit sebelum ia dimulakan semula.”

Antara kejohanan di bawah kelolaan FAM termasuk Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Premier Malaysia sementara kejohanan di bawah MFL merangkumi Liga Malaysia (Liga M). – BH Online

Kategori