Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pindaan Akta Undang-Undang Sivil...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti cadangan untuk meminda Akta...

MAB Beli 50 Pesawat...

PUTRAJAYA - Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Boeing mengumumkan pemeteraian janji niaga bagi...

Mayat Wanita Muda Ditemukan...

IPOH - Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di...

Ahli PKR Mahu Azmin...

DESAS-desus mengenai usaha untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mohamed Azmin Ali...

Gabungan Baru Sedia ‘Perangi’ Covid-19

PETALING JAYA – UMNO yang merupakan sebahagian gabungan baru dalam kerajaan persekutuan sedia berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk penularan Covid-19.

Gabungan baru yang dikenali sebagai Perikatan Nasional itu terdiri daripada UMNO, PAS, GPS, blok Muhyiddin dan ahli Parlimen yang selari dengan Azmin Ali.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata virus itu tidak lagi boleh dilihat sebagai krisis kesihatan, sebaliknya ia ancaman kepada keselamatan nasional.

“Kita sedang menyaksikan krisis kesihatan global memuncak dengan jumlah negara yang terjangkit dan kematian yang semakin meningkat. Termasuk peningkatan jumlah jangkitan di Malaysia.

“Respon kita tidak boleh ‘piecemeal’. Ia mesti dilakukan dengan pendekatan ‘total’, baik dari segi kecukupan jumlah pasukan kesihatan, belanjawan, pengawasan sempadan, penyelidikan saintifik, komunikasi dan kemapanan ekonomi.

“Ketahanan kita berhadapan dengannya akan terus teruji dan kerana itu kesiapsiagaan kita mesti juga mesti ‘multifacated’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malaysia merekodkan 5 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan keseluruhan 55 kes setakat ini.


Daripada jumlah itu, 22 pesakit sudah sembuh sepenuhnya, manakala 5 kes terbaru itu ialah kontak rapat kes ke-26.

Virus itu menjangkiti 94,900 orang di seluruh dunia yang menyebabkan sekurang-kurangnya 3,283 pesakit meninggal dunia.

Terdahulu, kakitangan UDA Holdings Berhad (UDA) diarah bekerja dari rumah bermula Selasa selepas seorang daripada ahli Lembaga Pengarahnya disahkan positif Covid-19.

Kemudian, Wisma Felcra Berhad di Setapak Jaya ditutup serta-merta bermula pada Rabu hingga 6 Mac ini selepas seorang daripada ahli lembaga pengarahnya disahkan positif Covid-19.

Terbaru, Pusat Perubatan Taman Desa (TDMC) menutup semua bilik rawatannya selepas 1 kes Covid-19 dilaporkan di hospital itu. – FMT

Kategori