Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tak Layan Komen Netizen,...

SEJAK berita mengenai usahawan, Nur Sajat bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)...

532 Kanser Payudara Dikesan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengesan 532...

Gempa Bermagnitud 4.0 Gegar...

KOTA KINABALU - Gempa bumi bermagnitud 4.0 skala Richter menggegarkan kawasan sekitar Gunung...

Majikan Paksa Pekerja Jadi...

Meerut - Seorang wanita dipukul dan dimalukan hanya kerana tidak mahu menjadi ibu...

Gaza Sahkan 2 Kes Pertama COVID-19

GAZA CITY – Pihak berkuasa di Gaza mengesahkan dua kes pertama COVID-19, hari ini, membabitkan rakyat Palestin yang pulang selepas melakukan perjalanan ke Pakistan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini memberikan amaran bahawa penularan wabak itu di Gaza boleh menjadi malapetaka berikutan kadar kemiskinan yang tinggi dan sistem kesihatan lemah di kawasan berkenaan bawah sekatan rejim Israel sejak 2007.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, dua individu terbabit bagaimanapun sudah dikuarantin sejak pulang dari Pakistan, Khamis lalu, dan tidak melakukan kontak dengan orang ramai.

“Dua kes ini direkodkan dalam kalangan mereka yang pulang ke Gaza… (dan) tidak bercampur dengan penduduk di Semenanjung Gaza,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Yousef Abu Al-Reesh, kepada pemberita.

Menurut kementerian itu lagi, dua pesakit terbabit adalah lelaki dan berada dalam keadaan stabil.

Pihak berkuasa Gaza berkata, lebih 2,700 rakyat Palestin sedang menjalani kuarantin di rumah dengan kebanyakannya adalah mereka yang pulang dari Mesir.


Ketua Pejabat Palestin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Gerald Rockenschaub, memberitahu AFP bahawa sekatan Israel serta masalah ketegangan politik mengakibatkan kemudahan kesihatan di Gaza kian terjejas sejak sedekad lalu.

Beliau berkata, Gaza hanya mempunyai 60 katil rawatan rapi bagi menampung keperluan dua juta penduduknya, malah bukan semua kemudahan itu dapat digunakan berikutan masalah kekurangan petugas.

Setakat ini, belum jelas sama ada Israel yang melaksanakan sekatan ketat ke atas penduduknya sendiri berikutan pandemik itu, akan membenarkan pesakit COVID-19 yang tenat untuk dipindahkan dari Semenanjung Gaza. – Agensi

Kategori