Wednesday, December 18, 2024

Creating liberating content

UUM Tarik Larangan, Solidariti...

Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menarik balik peringatannya agar pelajar tidak bercakap...

Jentera BN Sedia Tangkis...

KUALA KANGSAR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jentera pilihan raya Barisan...

Anggota Rela Model Peranan...

TUARAN - Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) merupakan model peranan dan medium perpaduan...

Lebih 1 Juta Orang...

WASHINGTON - Lebih satu juta kes Covid-19 dicatatkan diseluruh dunia berdasarkan data terkini...

Hampir 50,000 Anggota Pantau Perintah Kawalan Pergerakan

KUALA LUMPUR – Lebih kurang 50,000 anggota terdiri daripada tentera, polis, RELA dan pihak berkuasa tempatan kini memantau pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain majlis keselamatan negeri, pusat pengurusan bencana daerah juga akan digerakkan untuk menguatkuasakan dengan tegas peraturan itu.

Beliau berkata walaupun sehingga ini polis mendapati kadar pematuhan terhadap perintah itu adalah 90 peratus, beliau memandang serius baki 10 peratus itu memandangkan bilangan mereka juga besar jika diambil kira bilangan penduduk lebih 31 juta orang di negara ini.

Kerajaan juga setuju tempatkan polis dan tentera di kawasan pasar, pasar raya pantau pematuhan penjarakan sosial, kata Ismail Sabri yang juga merupakan Menteri Pertahanan dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Langkah itu perlu kerana tempat-tempat seperti pasar pagi dan pasar raya masih sesak walaupun perintah itu berkuatkuasa.

Mengenai penugasan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ismail Sabri berkata ia dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan bukannya mengambil sebarang tindakan atau melaksanakan perintah darurat.

“Banyak khabar angin dan cerita tidak betul apabila kerajaan umumkan penglibatan ATM membantu polis. Kononnya setiap sekatan jalanraya ada kereta kebal. Nampak lucu. Tetapi inilah yang dihebohkan untuk takutkan orang ramai.

“Anggota ATM hanya membantu polis untuk menasihatkan orang ramai untuk patuh kepada arahan. Apa yang dilaksanakan adalah berkaitan akta pencegahan KKM, bukannya di bawah undang-undang darurat atau Majlis Keselamatan Negara.

“Memang benar ada hukuman penjara dua tahun, tetapi setakat hari ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu masih di peringkat nasihat. Namun mungkin berubah kepada  tindakan yang lebih tegas jika tahap pematuhan masih rendah,” katanya.


Ismail Sabri sekali lagi menegaskan, penglibatan anggota ATM hanyalah untuk membantu polis dan bukan mengambli alih tugas mereka termasuk berkaitan tangkapan.

Ismail Sabri menjelaskan, ATM akan membantu polis dalam melakukan sekatan jalan raya, rondaan di kawasan bandar termasuk di hospital, selain turut melibatkan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

“Penugasan ini termasuk kawalan di pintu masuk dan sempadan selain kawasan berisiko tinggi. Selain tentera, kita juga dapatkan bantuan RELA seramai 1,462 anggota dan kira-kira 3,000 APM. Satu jawatankuasa dikendalikan polis, akan berbincang dari masa ke masa untuk penambahan anggota RELA,” katanya.

Beliau berkata selain itu, anggota polis dibantu ATM dan pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau majlis daerah akan berada di lokasi orang ramai dilihat masih gagal mematuhi PKP seperti di pasar pagi dan pasar raya seluruh negara.

“Kita dimaklumkan, masih ada pelanggan yang bersesak-sesak untuk membeli barang keperluan. Social distancing (jarakan sosial) satu meter tidak dipatuhi. Saya faham pengguna perlu mendapatkan keperluan harian, tapi tolong renggangkan (jarak antara pelanggan lain),” katanya.

Mengenai jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan ijtimak di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, Ismail berkata polis telah berjaya mengesan hampir 9,000 individu setakat ini, dan mereka serta ahli keluarga masing-masing, diminta tampil membuat pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan.

Nasihat yang sama turut ditujukan kepada jemaah tabligh yang bukan warganegara Malaysia untuk menjalani saringan kesihatan di pusat kesihatan berdekatan bagi mengetahui status terkini kesihatan mereka, katanya.

Kategori