Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

KDN Pergiat Buru 60...

KLANG : Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat usaha memburu 60 pelarian Rohingya...

AirAsia Tawar Lima Juta...

KUALA LUMPUR – AirAsia Group Bhd menawarkan lima juta tempat duduk promosi untuk...

“Cerita PBB Keluar BN...

SAH... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan mengenai Parti Pesaka Bumiputera...

Penerima Vaksin Covid-19 Tak...

PUTRAJAYA - "Alhamdulillah, saya sihat dan tiada sebarang kesan sampingan atau alahan yang...

Hasni Mulakan Tugas Menteri Besar Johor

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, memulakan tugas secara rasmi hari ini selepas mengangkat sumpah ke jawatan berkenaan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene, dekat sini, petang Jumaat lalu.

Hasni tiba di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi dan disambut Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani; timbalannya, Datuk Dr Badrul Hisham Kassim dan Pegawai Kewangan Johor, Datuk A Rahim Nin.

Hasni, 61, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor selain Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.

Beliau menggantikan Datuk Dr. Sahruddin Jamal dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-17 pada 14 April, 2019.

Ini adalah pelantikan Menteri Besar Johor yang ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei 2018. – BH Online

Kategori