Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PETRONAS Laksana 10 Projek...

SYARIKAT minyak dan gas nasional, PETRONAS, kini aktif melaksanakan program meningkatkan perolehan semula...

Singapura Naik Had Guna...

SINGAPURA - Pemerintah Singapura bakal menaikkan had penggunaan duit syiling tempatan sehingga 1,850...

MB Negeri Sembilan Selar...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar usaha...

Berderau Darah Terkepit Kaki...

KUANTAN – Baru setahun bekerja, sudah buat silap besar! Itu yang terlintas dalam...

Himpunan Haram Depan Sogo Cetus Kekecohan

KUALA LUMPUR – Perhimpunan haram yang dianjurkan Jawatankuasa Demonstrasi 1 Mac di pusat beli-belah Sogo di sini mencetuskan sedikit kekecohan kepada peniaga dan pemuzik busking selepas kumpulan terbabit mula berarak ke Dataran Merdeka.

Kekecohan itu tercetus kira-kira jam 7.10 petang apabila segelintir kumpulan mula bergerak melalui hadapan peniaga dan pemuzik berkenaan.

Keadaan mula tegang apabila terdapat beberapa individu yang berang dan mengeluarkan kata-kata makian.

Bagaimanapun, kira-kira lima minit kemudian keadaan berjaya dikawal oleh pihak polis.

Sebelum itu, tindakan kumpulan itu untuk berarak ditegah oleh pihak polis melalui perbincangan yang diadakan bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Fahmi Visuvanathan Abdullah yang mengambil kira mengganggu ketenteraman awam.


Turut terjejas adalah orang awam yang datang untuk beriadah bersama keluarga masing-masing.

Difahamkan himpunan bermula jam 6 petang itu bagi membantah pimpinan baharu kerajaan dengan menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selain beberapa tokoh politik lain yang didakwa sebagai pengkhianat seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut kelihatan hadir adalah bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan serta aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir. – Sinar Harian

Kategori