Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Bayi Tiga Bulan Maut,...

KEGEMBIRAAN sepasang suami isteri yang menanti selama sembilan tahun untuk memperoleh cahaya mata...

Chelsea Atasi Gegaran Adam...

LONDON - Chelsea berjaya mengatasi jaringan menakjubkan dari jarak 65 ela daripada Charlie...

KTMB Perkenal Tambang Fleksi...

KUALA LUMPUR - Pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bakal menikmati kadar tambang yang...

China Dan WTO: Kebangkitan...

CHINA pada masa kini semakin rancak dalam bidang ekonomi di Malaysia apabila membeli...

Hishammuddin Mahu SPRM Tapis Pegawai Di Pejabatnya

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menapis semua pegawai di pejabatnya bagi memastikan rakyat yakin akan integriti mereka.

Beliau berkata, tapisan SPRM itu terhad kepada para pegawai yang bekerja secara langsung dengannya manakala bagi pegawai di jabatan lain di Wisma Putra, ia akan berpandukan garis panduan yang dikeluarkan kementerian.

“Saya dah minta SPRM tapis semua pegawai menteri, bukan saja setakat tapis, tapi minta mereka pantau pegawai saya di pejabat menteri.

“Mereka perlu terus tapis agar rakyat yakin. Saya bimbang kadang-kadang ramai bawah kita ni dia buat macam-macam, tetapi akhirnya kita yang memimpin pula yang terpaksa bertanggungjawab untuk menjawab apa jua pertuduhan yang dilakukan oleh pegawai bawah,” katanya pada sidang media di Wisma Putra di sini hari ini.

Kategori