JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi hari ini mengesahkan dua rakyat tempatan disahkan positif jangkitan koronavirus (Covid-19) sekali gus menjadi kes pertama dilaporkan di negara tersebut.
Jokowi memberitahu kedua-dua pesakit itu telah dimasukkan ke hospital.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang lokasi mereka dirawat.
Sebelum ini, banyak pihak mendakwa negara yang keempat mempunyai populasi paling ramai di dunia cuba menyembunyikan kes jangkitan virus tersebut selepas ia kini merebak hampir ke seluruh dunia. – Agensi