Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Sabotaj Parti Sendiri...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin...

30 Juta Rakyat AS...

WASHINGTON - Lebih 30 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah mengundi dalam pilihan...

Tuduhan PM Guna Dana...

KUANTAN - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan tuduhan...

Alexander Dan Vodickova Muncul...

PUTRAJAYA - Juara Dunia Ironman 70.3 sebanyak dua kali, Craig Alexander (Australia) dan...

Ini Sebab Ku Nan Kaya – Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kekayaan yang dimiliki Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mencecah RM800 juta seperti yang didedahkan oleh mahkamah.

Menurut Najib, pada awal tahun 1990-an, Tengku Adnan memperoleh kekayaannya ketika pasaran saham Malaysia sedang rancak.

“Seperti yang disebut dalam buku ini, Tengku Adnan sering berniaga bersama (Tan Sri) Vincent Tan dan juga pernah memiliki kepentingan saham yang besar dalam syarikat media The Star, Watan dan Mutiara Telecommunications (yang kini dikenali sebagai DiGi telecommunications).

“Pada tempoh itu, Perdana Menteri adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Najib, ketika Tengku Adnan dilantik menjadi Timbalan Menteri pada tahun 2001 oleh Dr. Mahathir, beliau sudah pun mempunyai aset hampir RM1 bilion.

“Sebab itu, perlu tanya mereka berdua (Dr. Mahathir dan Anwar) jika nak tahu bagaimana Tengku Adnan menjadi kaya masa itu,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan kekayaan Tengku Adnan.


Selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tengku Adnan untuk pengisytiharan asetnya didengar dalam prosiding secara tertutup, tanpa kehadiran orang awam atau pihak media, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu gagal mengawal perasaan di bilik bicara.

Tengku Adnan berkata, beliau mengisytiharkan aset RM938,643,566.16 pada 2001 semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Pada tahun 2006 pula Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM711,325,822. Pada masa itu, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan oleh Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 2013, Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM691,770,649 kepada Najib. Tengku Adnan adalah Menteri Wilayah Persekutuan untuk keseluruhan penggal.

Pada 2016, Tengku Adnan membuat perisytiharan aset sebanyak RM782,748,061. – Sinar Harian

Kategori