Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hampir 3 Tahun, Sherry...

WALAUPUN makin popular dalam bidang pengacaraan, pelakon Sherry Al Hadad, 33, memberitahu masih...

Pemimpin DAP Takkan Tinggalkan...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menegaskan yang semua pemimpin parti...

Kisah Sebenar Kucing Digantung...

SEMALAM kecoh di media sosial perihal seekor kucing hitam yang digantung di hadapan...

Malaysia Perlu 38,333 Pusat...

SEPANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari...

Jackie Wong Atlet Pertama Positif COVID-19

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong positif COVID-19.

Menurutnya, pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina tahun lalu itu dipercayai dijangkiti virus terbabit daripada ayahnya yang turut didapati positif COVID-19.

“Atlet tersebut telah pulang ke Sarawak pada 11 Mac 2020 dan dikuarantin di Hospital Sibu.

“Sebagai langkah segera untuk keselamatan dan kesihatan atlet pelbagai acara sukan, saya telah mengarahkan agar fasiliti MSN dan ISN yang telah dikunjungi atlet tersebut ditutup sementara untuk tujuan proses pembasmian dan sanitasi sepenuhnya.

“Proses ini dijangka selesai dalam masa 2-3 hari,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Menurut Reezal Merican, beliau juga sudah mengarahkan atlet, jurulatih dan pegawai yang pernah berhubung rapat dengan Jackie diasingkan dan menjalani kuarantin di asrama.


“Dengan kerjasama dan mengambil kira nasihat serta arahan Kementerian Kesihatan, mereka juga perlu menjalani ujian saringan,” katanya.

Selain memenangi perak di Sukan SEA Filipina 2019, Jackie juga adalah pemegang pemegang rekod kebangsaan dengan jarak 68.22 meter.

Tahun lalu saja dia berjaya memecahkan rekod kebangsaan sebanyak empat kali, iaitu dua kali ketika beraksi di Kejohanan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Terbuka Korea Selatan dan Kejuaraan Olahraga Asia. – BH Online

Kategori