Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Jabatan Peguam Kekal Tiada...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara mengekalkan keputusan tiada tindakan pendakwaan terhadap bekas...

Dasar Perumahan Negara Baharu...

PUTRAJAYA - Dasar Perumahan Negara yang baharu bertujuan memudahkan pemilikan rumah oleh rakyat...

Penghuni Kuarters Jabatan Perhutanan...

BENTONG - Penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, yang terlibat dalam kejadian banjir...

Penempatan Khas Rakyat Malaysia...

SUNGAI PETANI - Rakyat Malaysia, yang terkandas akibat gempa bumi kuat di Lombok,...

Jenazah Lelaki Maut Akibat Covid-19 Selamat Dikebumikan

JOHOR BAHRU – Jenazah lelaki warga tempatan yang merupakan antara dua kes kematian pertama akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di sini pada kira-kira jam 9 malam.

Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu, tiba dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada jam 8.16 malam.

Pada 8.45 malam, kira-kira 10 lelaki berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) mengangkat jenazah yang telah siap dikapankan menggunakan pengusung hospital.

Tidak seorang pun dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan sehingga selesai pengebumian termasuk pihak media.

Lelaki itu mengalami gejala demam mulai 5 Mac lalu sebelum mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac setelah dikesan positif Covid-19.

Keadaan kesihatannya didapati merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Kategori