Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Tahfiz: Kedah Sedia Selaras...

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah sedia menyelaras sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan...

‘Kalau Pemimpin Mereka Semua...

KUALA LUMPUR - "Yang berucap itu pemimpin PAS, kalau pemimpin mereka ok. Kalau...

Farid Kurangkan Tawaran Aksi...

PETALING JAYA - Pelakon Farid Kamil memberitahu dia kini mengurangkan tawaran berlakon melibatkan...

Terima Realiti Belia Tidak...

KUALA LUMPUR - Rakyat harus menerima realiti bahawa masyarakat tempatan, khususnya golongan belia,...

Kelonggaran Bayaran Balik Pinjaman RM100 Bilion

KUALA LUMPUR – Kerajaan berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri perbankan yang menawarkan kelonggaran bayaran pinjaman.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata inisiatif itu membabitkan jumlah keseluruhan sekurang-kurangnya RM100 bilion.

“Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, bagi membantu PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) serta individu, kerajaan menyambut baik kesanggupan institusi perbankan untuk menawarkan penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan, penukaran baki kad kredit kepada pinjaman berjangka dan penstrukturan semula pinjaman korporat.

“Langkah ini adalah penting untuk membolehkan syarikat terus berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing. Inisiatif ini membabitkan jumlah keseluruhan sekurangkurangnya RM100 bilion.

“Saya pasti anda yang meminjam dengan bank untuk membeli kereta, rumah dan lain-lain boleh menarik nafas lega sedikit dengan inisiatif ini. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah. Saya bagi pihak Kerajaan amat berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia dan industri perbankan yang menawarkan kelonggaran ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Sebagai balasannya, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju supaya pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terbabit dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan ini, hanya dikenakan cukai apabila pendapatan itu diterima selepas tempoh moratorium.

Selain itu, katanya, langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020. – BH Online

Kategori