Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Saya Tak Kaya Seperti...

SEBELUM ini, terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan...

Hakim Diminta Tarik Diri...

MIRI - Mahkamah Tinggi Miri hari ini menangguhkan sebutan kes empat orang yang...

Komuniti ASEAN Perlu Lebih...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy jamaluddin berkata sudah tiba masa...

Zoo Negara Pastikan Haiwannya...

KUALA LUMPUR - Zoo Negara mengambil langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies...

Kematian Akibat COVID-19 Di China Melepasi 3,000 Orang

BEIJING – Sebanyak 31 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di China, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban seramai 3,012 orang setakat ini.

Sebanyak 2,305 daripada jumlah itu direkodkan di Wuhan, pusat penularan coronavirus itu, walaupun bandar berkenaan di bawah perintah berkurung sejak Januari lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini turut melaporkan 139 kes baharu, meningkat berbanding 119 sebelum ini, menjadikan jumlah jangkitan positif akibat virus itu sebanyak 80,409 kes.

Sebanyak 131 daripada keseluruhan kes baharu itu direkodkan di Wuhan.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara walaupun sebelum ini dilaporkan jumlah kes menurun selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun, di luar Hubei, hanya lima kes baharu dicatatkan, hasil kesedaran orang awam bagi membendung wabak berkenaan. – Agensi

Kategori