Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Parti Amanah Sindir Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyindir kerajaan PAS Kelantan kerana menaikkan...

JICA Kaji Sisa Makanan...

KUALA LUMPUR - Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) kini menjalankan kajian kemungkinan untuk...

Pelajar Ke Luar Negara...

KUALA LUMPUR - Pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara boleh membuat...

Foto Hanis Zalikha Dulu...

Alahai...terkejut tatkala melihat foto wajah selebriti kesayangan rakyat Malaysia, Hanis Zalikha yang dimuat...

Kerajaan PH Kedah Dijangka Tumbang

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) Kedah mungkin tumbang selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PH dijangka menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ketika ini, kerajaan negeri gabungan PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dilihat tidak lagi kukuh.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah menjelaskan, beberapa Adun negeri dijangka mengumumkan sokongan kepada PN, sekali gus menyebabkan pertukaran kerajaan negeri tidak dapat dielak lagi.

“Saya yakin akan berlaku pergeseran (dalam kerajaan negeri), bergantung kepada mereka sendiri (Adun), mereka yang berhak buat keputusan.

“PAS Kedah ambil sikap bahawa durian suatu hari akan luruh dan yang luruh itu kita akan kawan,” katanya ketika ditemui di Pasar Bisik Kuala Muda, Sungai Petani, hari ini.

Ketika ini, komposisi DUN Kedah menyaksikan PAS menguasai 15 kerusi, PKR (tujuh), Bersatu (enam), DAP (dua) dan UMNO (dua).

Sanusi berkata, sekiranya beberapa Adun terbabit tidak mengumumkan sokongan mereka, pihaknya tetap menjangkakan perubahan kerajaan negeri tetap akan berlaku.


“Ia bergantung kepada pergerakan (politik) yang sedang berlaku ketika ini, pergerakan yang berlaku di Pusat dan negeri tidak sama.

“Bagaimanapun, setakat ini kita belum ada perbincangan dengan Adun berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Sanusi menafikan PAS sudah mengemukakan namanya sebagai calon Menteri Besar menggantikan Mukhriz.

“Setakat ini tiada senarai calon Menteri Besar dikeluarkan, kita tiada masalah sesiapa pun yang dipilih, tiada perebutan jawatan dalam PAS.

“Sekiranya dipilih, saya bersedia, apabila kita cebur diri dalam politik kita bersedia menghadapi apa saja cabaran mendatang,” katanya. – myMetro Online

Kategori