Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Liverpool Lakar Kebangkitan Sensasi...

LIVERPOOL - Liverpool mempamer kebangkitan luar biasa di Anfield apabila membenam Barcelona 4-0...

PANAS!! Azmin Sudah Mula...

Sebuah laman Facebook, El Haraki membuat satu pendedahan yang mengejutkan hari ini mengenai...

Remaja OKU Ditemukan Mati...

JOHOR BAHARU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan mati lemas ketika...

Saksi: Suspek Nampak Tenang,...

SUSPEK utama insiden pengeboman di kuil Erawan Shrine di Bangkok, Thailand yang dikatakan...

Ketepikan Politik, Tumpukan Perhatian Kepada Covid-19

1. Akhirnya, berakhir sudah drama politik yang meletup ekoran Mesyuarat Majlis Presiden PH yang membawa kepada perletakan jawatan PM ke – 7 dan seterusnya penarikan diri parti PPBM daripada Pakatan Harapan yang menjurus kepada keruntuhan kerajaan PH. Seterusnya, bermulalah episod hitam dalam sejarah politik Malaysia Baru.

2. Seminggu suntuk fokus dan tenaga pemimpin-pemimpin politik Malaysia tertumpu kepada tarik tali perebutan kuasa antara tiga susuk yang bernama Tun Mahathir, DS Anwar Ibrahim dan TS Muhyiddin Yassin. Akhirnya, atas campurtangan dan kebijaksanaan Seri Paduka Agong, Al-Sultan Abdullah kekusutan politik ini akhirnya terlerai dengan perlantikan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri ke 8.

3. Seminggu suntuk rakyat diabaikan, seminggu suntuk kerajaan berjalan tanpa nakhoda. Satu minggu adalah terlalu lama untuk kerajaan dibiarkan dalam mode ‘autopilot’ tatkala dunia dilanda wabak Covid-19 yang menghampiri status pandemic. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyeru agar fokus utama Perdana Menteri TSMY adalah untuk mengekang penyeberan berleluasa Covid-19 di Malaysia dan memastikan sokongan yang sepenuhnya diberikan kepada pasukan barisan hadapan yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan yang telah bertungkus lumus untuk memastikan wabak in tidak menular di luar kawalan.
Perkembangan Covid-19 di Dunia dan Malaysia

4. Setelah 11 hari tiada kes baru Covid-19 di Malaysia, gelombang kedua yang bermula pada 27 Februari 2020 menyaksikan 21 kes baru dilaporkan dalam jangkamasa 2 hari sahaja. Menjadikan jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 50 kes. Ini adalah pelonjakan yang eksponential dan menunjukkan negara kita tidak kalis kepada ‘exposure’ kepada kes-kes baru.

5. Tambahan pula, penularan kes Covid-19 didapati semakin berleluasa di negara-negara Eropah seperti Itali (1835 kes), Perancis (178 kes), dan Jerman (157 kes) merujuk kepada data terkini daripada European Center for Disease Prevention and Control (ECDC). Statistik dan data terkini menunjukkan dunia perubatan masih berusaha sedaya upaya untuk mengekang wabak ini dan walaupun ada berita positif daripada negara China – wabak Covid-19 tidak boleh dipandang ringan. Jumlah kematian sudah mencatat angka lebih 3000, 3-4 kali lebih parah daripada wabak SARS pada tahun 2002/2003.

Saranan dan Cadangan Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM):

I. Lantik Menteri Kesihatan dengan segera.

• Kita perlu memberikan penghargaan kepada pasukan barisan hadapan (frontliner) yang diterajui oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan sendiri iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang sehingga kini bertungkus lumus untuk memastikan penularan Covid-19 terkawal.

• Gelombang kedua akan lebih sukar untuk dikawal dan kerajaan perlu peka dengan kebajikan petugas-petugas yang sentiasa dalam keadaan siapsiaga dan sentiasa memberikan sepenuh tenaga dan masa demi tugas.

• Pelantikan Menteri Kesihatan hendaklah menjadi agenda utama dan disegerakan untuk membantu memudahcara dan memastikan kelancaran bantuan kewangan, sokongan moral, bantuan peralatan yang mencukupi dan juga memastikan koordinasi antara kementerian yang lebih lancar dan teratur.

• Beban ini tidak seharusnya diletakkan di atas bahu penjawat awam sahaja, tetapi eksekutif perlu memainkan peranan dan sedia menggalas tanggungjawab ini.

II. Peruntukan dana khas tambahan kepada Kementerian Kesihatan.

• Antara tugas pertama Menteri Kesihatan yang baru adalah untuk mencari jalan untuk memperuntukkan dana tambahan bagi tujuan khas mencegah, menyaring, merawat dan membasmi wabak Covid-19. Rakyat juga perlu didedahkan dengan maklumat terkini dan informasi dan nasihat untuk mengelakkan jangkitan perlu disampaikan dengan menyeluruh.

• Ini boleh dicapai melalui kolaborasi antara kementerian, seperti contoh, pelajar-pelajar sekolah diajar tatacara membasuh tangan yang betul, adab dan tertib ketika batuk dan bersin, dan menyahkuman alat-alat dan perkakas di kelas dan sekolah.


• Beban wabak Covid-19 ini juga tentunya akan memberi tekanan kepada kewangan hospital, dan tentunya akan ada pengaliran peruntukan daripada sesetengah bahagian dan jabatan dalam hospital kepada usaha untuk mencegah Covid-19. Maka, penambahan peruntukan khas ini diharap dapat meminimakan kesan Covid-19 kepada aktiviti-aktiviti lain di hospital-hospital kerajaan.

III. Cakna kepada perkembangan terkini diagnosis dan rawatan Covid-19.

• Pelbagai pihak termasuk kerajaan dan swasta berlumba-lumba untuk memberi sumbangan dan mengetengahkan produk dan kajian masing-masing untuk mengatasi wabak ini.

• Penyakit Novel mungkin memerlukan rawatan atau pendekatan baru untuk membendung penyebaran penyakit.

• Malaysia mempunyai fasiliti, kemahiran dan kebolehan yang bertaraf dunia – contoh mudah adalah Nipah Virus yang dinamakan sempena nama Sungai Nipah iaitu tempat di mana sampel diambil dan dianalisis oleh makmal di Malaysia.

• Kita telah melihat bagaimana kepakaran rakyat Malaysia menjadi tunjang utama mengawal wabak Covid-19, maka menjadi harapan kami agar sokongan dari segi kewangan, moral dan polisi hendaklah diteruskan oleh pihak kerajaan kepada pakar-pakar perubatan dan ahli-ahli sains dalam negara.

6. Sekali lagi Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengambil kesempatan ini untuk menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan barisan hadapan yang telah melakukan lebih daripada termampu untuk memastikan kesan wabak Covid-19 terhadap kesihatan rakyat Malaysia adalah terkawal. Kami prihatin terhadap beban tugasan hakiki petugas kesihatan Malaysia yang sememangnya sudah berat dan memenatkan, namun kami sedar yang mereka tetap sedia berkhidmat walaupun dalam keadaan penat tanpa sebarang keluh kesah. Pada pandangan Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) – mereka adalah adiwira dan adiwirawati sebenar.

7. Maka, adalah menjadi tanggungjawab utama kerajaan baru yang diterajui oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin untuk memastikan saranan-saranan kami menjadi kenyataan. Sekarang adalah masa untuk berkhidmat, dan membuktikan kepada rakyat bahawa keutamaan kerajaan baru adalah memastikan rakyat senantiasa senang dan sihat!

Malaysia Sejahtera!

#MalaysiaSejahtera #MuafakatNasional #PemudaIkatan #IsuRakyat

Dr. RR Ramli (MB BCh BAO)
Exco Nasional
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia

Rujukan:

  1. Ministry of Health Malaysia
  2. European Center for Disease Prevention and Control (ECDC)

Kategori