Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Media Berkuasa Pengaruhi Pengguna...

KANGAR - Media berkuasa dan mempunyai pengaruh kuat dalam membantu pengguna dan gerakan...

Tipu Teman Wanita: Kelindan...

KUALA LUMPUR - Seorang kelindan lori dipenjara 12 bulan dan satu sebatan oleh...

Tengku Zafrul Bincang Dengan...

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul...

‘Drama Air Mata’ Pendatang...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Indonesia yang bekerja di sebuah pusat sauna tanpa...

Khalid Ibrahim Sedia Bantu Kerajaan

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaannya membantu kerajaan baharu jika khidmatnya diperlukan.

Abdul Khalid berkata, amat penting bagi PAS mengambil peluang untuk membina kepercayaan rakyat sebagai kerajaan yang amanah, cekap dan telus.

Menurutnya, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menjadi sebahagian kepada usaha penyelesaian polemik kepimpinan negara pada minggu lalu yang mana akhirnya rakyat menyaksikan tertubuhnya kerajaan baharu.

“Saya amat pasti ia amat mencabar serta memerlukan niat serta iltizam yang kuat untuk penyatuan ummah. Tanpa niat yang betul serta istiqamah, saya percaya kemelut yang berlaku tidak akan diselesaikan dengan baik.

“Insya-Allah, jika diperlukan, saya bersedia menghulur tangan membantu dan memberi khidmat,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu Hadi Awang meluangkan masa ke rumahnya kelmarin dan turut membincangkan masalah dan cabaran ummah bukan sahaja di rantau ini tetapi di Timur Tengah. – Sinar Harian

Kategori