Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PDRM Siasat Hina Lagu...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas video yang...

Watak ‘Cikgu Suraya’ Trending...

SIAPA cikgu Suraya ni? Bila tiba sahaja sambutan hari guru pastinya nama ini...

Asrama Terbakar Ketika Perhimpunan...

PENAMPANG - Satu kebakaran berlaku di blok asrama sebuah sekolah menengah di sini...

Wanita Arab Saudi Tidak...

RIYADH - Wanita Arab Saudi tidak perlu memakai jubah atau 'abaya' longgar untuk...

King Sing Tolak Lantikan Timbalan Menteri Perpaduan Negara

SHAH ALAM – Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Menurut Setiausaha Agung PDP, Nelson Balang Rining, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PDP selepas pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jawatan ini tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai Presiden parti.

“Kedudukan beliau sangat kanan dalam parti dan telah berkhidmat untuk tempoh yang lama sebagai ahli Parlimen,” kata Nelson menurut Utusan Borneo.

King Sing telah menjadi Ahli Parlimen Bintulu selama lima penggal.


Beliau tidak hadir di majlis angkat sumpah jawatan di Istana Melawati, Putrajaya.

PDP merupakan antara parti yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Gabungan itu menguasai 18 kerusi Parlimen. – Sinar Harian

Kategori