Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Jaga FAM Pun Tak...

KUALA LUMPUR - Selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan...

Ribut Petir, Hujan Lebat...

KUALA LUMPUR : Ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang diramal melanda Terengganu,...

Lelaki Didenda Pos Kucing...

TAIPEI - Seorang pemilik kucing didenda ÂŁ2,250 (RM11,900) kerana menghantar haiwan peliharaannya melalui...

MBK Sedia Tambah Anggota...

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersedia menambah anggota Unit Rondaan Berbasikal sekiranya...

KKM Sahkan 2 Kenamaan Negatif COVID-19

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua orang kenamaan yang dikaitkan mempunyai kontak dengan kes ke-26 disyaki positif COVID-19 Malaysia, bebas daripada jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya sudah menerima keputusan penuh kedua-dua individu berprofil tinggi itu dari Hospital Sungai Buloh pada jam 3.30 petang semalam.

“Keputusan mendapati kedua-dua ujian adalah negatif COVID-19.

“Kita sudah mendapat keputusan penuh hasil ujian yang dilakukan di Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kedua-dua kenamaan itu dikaitkan dengan seorang pegawai kanan Khazanah Nasional Berhad yang disahkan positif COVID-19 dan menjadi kes ke-26.

Individu dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada pertengahan Januari lalu dan dilaporkan menghadiri satu program membabitkan kedua-dua kenamaan itu. – BH Online

Kategori