Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Diskaun Khas Pembayar Pinjaman...

SHAH ALAM : Pemberian diskaun khas bagi pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

209 Rumah Papan Kakitangan...

KOTA TINGGI – Sebanyak 209 rumah papan yang didiami kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang...

PATI Jadi Pilihan Pusat...

PETALING JAYA- Tukang urut haram dari Thailand dan China masih menjadi pilihan kebanyakan...

Facebook Kini Dikenali Meta

PLATFORM sosial media terbesar, Facebook kini dijenamakan semula kepada Meta. Pengasas platform berkenaan, Mark...

Konsep Baharu Untuk Bazar Ramadan Tahun Ini

PUTRAJAYA – Prosedur pengurusan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan mulai tahun ini akan dipertingkat bagi mengelak orang ramai bersesak di gerai-gerai jualan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat penelitian lanjut bersama pihak yang berkaitan sebelum pengumuman mengenai perkara itu dilakukan sedikit masa lagi.

“Saya tidak mahu oleh kerana Singapura atau pihak-pihak lain mengumumkan tiada bazar (Ramadan) pada tahun ini maka kita pun cakap tidak ada,” katanya kepada media sebelum melakukan tinjauan kerja-kerja disinfeksi atau nyah cemar di bangunan kedai Presint 15 di sini. hari ini.

Beliau berkata, pengurusan bazar Ramadan perlu diubah suai tanpa membatalkannya memandangkan ia merupakan keperluan terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar.

“Kita kena fikirkan keperluan masyarakat bandar yang tidak sempat memasak selepas habis bekerja,” katanya.

“Saya mahu perkara ini dibuat penelitian kerana bazar Ramadan yang lazimnya besar dan luas yang dibuat sebelum ini besar kemungkinan kita tidak boleh lakukan lagi,” katanya.


Annuar menjelaskan kemungkinan bazar Ramadan pada tahun ini, sebagai contoh di tempat yang mempunyai hingga 50 gerai, mungkin hanya ada 10 gerai sahaja dan akan dijarakkan antara satu sama lain serta dibuka di banyak tempat.

“Yang pastinya sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini diteruskan atau tidak kita tidak akan meneruskan cara lama yang boleh membawa kepada masalah kesihatan.

“Kita kena perbaiki kehidupan, kita jangan hanya disiplinkan diri sewaktu PKP, banyak perkara yang kita boleh belajar dan amalkan terus pada pasca PKP nanti,” katanya.

Kerajaan menguatkuasakan PKP mulai 18 Mac sehingga 14 April bagi mengekang penularan Covid-19.

Kategori