Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

AWAS, KEJARA Dilaksana Di...

BATU PAHAT - Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan...

587 Syarikat Tidak Laksana...

KUALA LUMPUR - Hanya 587 daripada 42,297 syarikat yang diperiksa didapati tidak melaksanakan...

Shanghai Mula ‘Kurung’ Penduduk...

SHANGHAI: Penduduk Shanghai bergegas untuk membeli barangan runcit hari ini sebagai persediaan untuk...

Cuaca Mungkin Lewatkan Keputusan...

KUCHING - Faktor cuaca dijangka akan melewatkan pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak...

KP Dang Wangi Nafi Rakaman Suara Isytihar Darurat

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah menafikan, rakaman suara yang tular di media sosial menyeru orang ramai membeli barangan keperluan kerana dijangka darurat akan diisytiharkan, adalah suara adik iparnya.

Beliau juga menafikan berita palsu dalam rakaman suara itu, yang diterimanya pukul 9 malam tadi daripada kenalannya.

“Terdapat seorang lelaki mengaku sebagai adik ipar saya, yang menguar-uarkan kepada orang ramai supaya membuat persiapan membeli barangan keperluan, kerana dijangka darurat akan diisytiharkan di Malaysia.

“Sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, saya menafikan sekeras-kerasnya perkara ini, dan juga tidak mengenali lelaki yang menyebarkan berita palsu tersebut. Saya menggesa orang ramai supaya tidak berkongsi atau tularkan berita palsu ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Hari ini, satu rakaman tular di media sosial yang menyeru orang ramai supaya membuat persiapan membeli barangan keperluan, kerana dijangka darurat akan diisytiharkan di Malaysia.

Rakaman yang menyerupai suara seorang lelaki itu, turut mendakwa beliau merupakan adik ipar kepada Mohd Fahmi.

Kategori