Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Negaraku’ Terbang Tinggi Bersama...

PUTRAJAYA - Malaysia Airlines (MAS) memperlihatkan komitmen tingginya dalam menyertai inisiatif "Negaraku", yang...

Ibu Bapa ā€˜Cuaiā€™ Kanak-Kanak...

PETALING JAYA : Polis menahan ibu bapa kepada dua kanak-kanak yang bermain di...

Kualiti Air Di Kuantan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan meminta penduduk Kuantan, Pahang tidak khuatir dengan kualiti...

Zahid Tak Bagi Muka,...

Nampaknya memang tidak akan ada kerjasama dengan Bersatu. Sesuatu yang memang dinginkan oleh akar umbi UMNO.

Lagu Cinta Sejati Sentuh Emosi BCL

KUALA LUMPUR – Emosi penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) rapuh ketika menyanyikan lagu Cinta Sejati ciptaan Melly Goeslaw. Berulang kali menyanyikan lagu yang menjadi runut bunyi filem Habibie Ainun itu, nyata kesedihannya begitu mendalam saat mengenang pemergian suami, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Selepas hampir dua minggu kehilangan insan tersayang, BCL kali pertama menyanyikan lagu Cinta Sejati ketika menghiburkan peminatnya di Friday Fushion di SQ Dome, Cilandak, Jakarta Selatan. Lagu sama didendangkan sekali lagi di Konsert Romantic Valentine bersama Ronan Keating dan Christian Bautista di Pullman Central Park, Jakarta Barat, Sabtu lalu.

ā€œDalam waktu secepat ini, saya kehilangan cinta sejati. Saya berharap setiap kali menyanyikan lagu ini atau mendengarkannya, saya akan menghargai waktu bersama insan tersayang,ā€ katanya penuh makna sebelum memulakan persembahan.

Pada konsert yang sama, BCL menyanyikan lagu Tentang Aku dan mendedahkan ia mempunyai kisah tersendiri yang berkait dengan perjalanan cinta bersama arwah suami.

ā€œLagu Tentang Aku adalah saat saya bersama arwah ketika sedang diulit cinta. Iya, ungkapan hati saya didekati seorang pria bernama Ashraf,ā€ katanya yang berduet dengan Bautista.


Mengenakan persalinan busana hitam, BCL nampak fokus dan kuat. Namun, sesekali air mata kembali berjuraian mengenang pemergian suami.

BCL tidak mampu membendung air mata ketika memikul tugas sebagai juri pertandingan Indonesian Idol. Saat penyanyi, Judika menyampaikan single terbaharu, Tak Mungkin Bersama, BCL kelihatan cuba menahan tangisan. Lagu berkenaan menceritakan kehilangan kekasih buat selama-lamanya.

Namun, akhirnya BCL tewas dan tidak dapat menyembunyikan kesedihan. Dia menunduk pada meja jurinya. Penyanyi, Ari Lasso datang memeluk, sambil memberikan sokongan. – BH Online

Kategori