Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pembantu Am, Ejen Insurans...

Kuantan : Pembantu am dan ejen insurans mengalami kerugian keseluruhan berjumlah lebih RM400,000...

Tiada Rakyat Malaysia Cedera...

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam insiden serangan...

Kes Baharu COVID-19 Turun...

KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2022) atau 18...

iPhone 6 Menyertakan Sokongan...

Bayangkan dompet anda tercicir, di dalamnya terdapat kad pengenalan, tiket penerbangan, kad bank,...

LAKSANA Pantau Pelaksanaan PRE 2020 – MOF

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan penubuhan Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di kementerian itu bagi memantau pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi (PRE) 2020.

Menterinya Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata LAKSANA akan membuat laporan secara berkala kepada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi berhubung status pelaksanaan dan pencapaian inisiatif berkaitan rangsangan ekonomi.

“Saya percaya penubuhan unit ini akan memastikan inisiatif yang diumumkan di bawah PRE 2020 dan inisiatif selanjutnya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat dengan sempurna bagi memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan kebajikan rakyat dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memantau perkembangan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah tambahan serta penambahbaikan ke atas PRE 2020.

Sehubungan itu,beliau berkata LAKSANA  juga akan berperanan memastikan pelaksanaan langkah baharu dan penambahbaikan PRE 2020.


“Kerajaan komited bagi memastikan kesemua inisiatif yang telah diumumkan dalam PRE 2020 dapat dilaksanakan dengan segera dan efektif,” katanya.

PRE 2020 bernilai RM20 bilion yang diumumkan pada 27 Februari, 2020 telah dirangka bagi memastikan risiko ekonomi berikutan penularan wabak COVID-19 dapat ditangani.

Pada masa yang sama, inisiatif yang dirangka itu juga adalah bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Kategori